Live, life, learn

Saturday, February 22, 2014

Jauhi dari Jahanam.


Ya Tuhan. Jauhi diri aku dari Jahanam! Jauhi kami dari Jahaman!

Tempat yang paling teruk diduduki, baik hanya seketika apatah lagi ke sana dan duduk selama-lamanya?!

Orang dari Bani Israel kata, lebih kurang camni, "Relek la, gi kejap je lepas tu masuk syurga. Chill beb!".

Hukuman paling paling paling paling _ringan_ di Jahanam, seperti udara sepoi-sepoi masa tutup pintu; itu baru udara. Bayangkan udara kat neraka tu camne? Kalau baru sepoi-sepoi tu seringan-ringan hukuman.. memang neraka ni luar imaginasi tapi description untuk imaginasi tu ada.

Hukuman paling berat di Jahanam?!
Hukuman itu Jahanam sendiri takut dengan Jahanam. Seteruk-teruk hukuman dari daya imaginasi.

Chop! Playlist video best.. layan la bila ada masa.
Sambung list cerita pasal Isra'.
Pen, makhluk Allah yang menulis?

Labels: , , , , ,

Friday, February 21, 2014

Nota-nota ringkas Surah Al-Isra’ (Perjalanan Malam) dari Bayyinah TV

Nota Surah Al-Isra’ (Perjalanan Malam) atau Surah Bani Israel dari Sesi Qur'an cover to cover Bayyinah.tv. http://www.bayyinah.tv/sp/9942-bayyinah-tv

Surah ke-17, ada 111. http://quran.com/17

Wahyu surah ini diturunkan di Mekah.

Sangat berkaitan dengan surah selepasnya, Al-Kahf.

Tertarik dengan surah ini semasa nak dengar tafsir surah Al-Kahf, kerana ayat ke-4 surah tersebut berkaitan dengan ayat terakhir surah Al-Isra' ni.

Ada banyak sejarah kenabian dalam surah ni. Sesuatu yang menarik :)


Bahagian 1 / 13. - 21 Februari 2014 (9:25pm)





Sejarah nabi-nabi selama 2000 tahun dalam 4 ayat. 

Sejarah Yahudi dan Sejarah Muslim diibaratkan seperti kasut; satu kana dan satu kiri. Apabila diletakkan tapak-semuka-tapak, kelihatan sama. Saiz dan orang lebih kurang sama. Akhirnya, setiap satu ke arah masing-masing.

Ayat 1.
  1. Perjalanan pada sebagian kecil waktu malam; Israk (perjalanan) dan mikraj (naik - dalam surah an-najm)
  2. Berhenti di Jerussalam; Imam Mekah ke Masjid Aqsa dan mengimamkan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
  3. Tanah yang diberkati, spt tanah yang subur. Ramai nabi dari situ termasuk Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ishak A.S tinggal di situ.
  4. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
  5. Mikraj cepat sangat; pintu masih bergerak untuk tutup; tapi mikraj telah selesai.
  6. Penghormatan tertinggi depan Allah adalah seorang hamba. Rasulullah dipanggil Abd, hamba.

Ayat 2.
  1. Main legacy / centre of Jerussalam ialah Nabi Musa A.S. 
  2. Kitab Taurat adalah untuk petunjuk kepada orang Bani Israel dan bukan untuk seluruh manusia.
  3. Rumusan kepada Kitab Taurat, Allah berfirman, Janganlah kamu jadikan yang lain daripada (wakil, percaya) Allah sebagai tuhan.

Ayat 3.
  1. Ada persamaan! Air bukan hanya menyelamatkan kaum Nabi Musa A.S, akan tetapi beribu tahun terdahulu menyelamatkan kaum Nuh A.S dari bah besar. Anaknya Sam, Yam dan Yafiz. Nabi Ibrahim A.S adalah zuriat dari Sam.
  2. Nabi Nuh A.S adalah orang yang amat bersyukur; persoalan, apa dah jadi dengan kamu Bani Israel?….

Ayat 4.

  1. Ini adalah surah Makkan (wahyu turun di Mekah), penyampaian ayat Quran kepada orang Mekah.. secara tak langsung kepada orang Israel.
  2. Bani Israel akan membuat kerosakan di bumi sebanyak 2 kali kerana berlaku angkuh/reballious yang melampau. 
  3. Untuk buat masalah seseorang kena ada kuasa.

Bahagian 2 / 11 - 22 Februari 2013 (630am)

Ayat 5.

  1. Nabi Musa A.S dpt wahyu di Mt. Thur
  2. Surah Al-Madiah, bebaskan bandar Jerico tetapi tak dpt
  3. Generasi baru Bani Israel sambung legacy.
  4. Ada 12 mata air, kemudian 12 golongan. 1 negara Islam tetapi ada fahaman politik, ketenteraan dalaman yang berlainan spt 1/12. 
  5. Ini satu kelemahan, mereka dijajah oleh Syrian. 
  6. Kemenangan kembali sewaktu Jalut vs Thalut (perintah selama 16thn) A.S + Daud A.S (40thn) bebaskan semula Israel. 
    1. Wujud sistem Khalifah selama 100 thun.
  7. Sambung dengan anak Nabi Daud A.S. -> Nabi Sulaiman (40thn)
  8. Kemudian 2 org anak Nabi Sulaiman A.S, mereka tidak sefahaman
    1. Israel (bahagian Utara, ibu negari Samariah) dan 
    2. Yahuda / Judaiya (bahagian Selatan, ibu negeri Jerusalam)
  9. Bandingkan Seperti waktu 4 khalifah ar-rasyiddin selepas wafat Rasulullah S.A.W; 
    1. terbahagi 2 Syria dan Egypt berpisah waktu
      1. Abu Bakar, Umar, Othman (Nabi Thalut, Daud, Sulaiman (A.S))
      2. Ali (Anak Nabi Sulaiman A.S) 
  10. Kemudian masa yang lama sebelum tiba Nabi Isa A.S. Sewaktu itu 2 negari ada perkembangan tamadun sendiri spt kebudayaan, bahasa, dll
  11. Waktu ini banyak perkara berlaku
    1. Ada magik
    2. Syariah tidak dipatuh dan diperlekeh
    3. byk praktis budaya dari agama
  12. Utamakan kenegaraan daripada agama
  13. Syrian buat come-back; 700 thn sebelum Nabi Isa A.S.
    1. Mereka musnah dan tawan empayar utara (Israel)
    2. 587 thn sebelum Nabi Isa A.S. seluruh Israel (Utara dan Selatan) ditawan oleh Nebuchadnezzar Babylonian.
      1. 600k dibunuh dari 1.2M org Israel.
  14. Seluruh, 2-2 negeri ditawan.
    1. Matrix —> Nebuchadnezzer musnahkan zion (producer movie puny cerita)

(Bersambung... )

Labels: , , , , , ,

Thursday, February 20, 2014

Hidupkan balik.

Aku.

Sekian lama blog ni sunyi sehingga tak ingat aku ada blog ni.

Baiklah, tujuan mengakses blog ni adalah untuk menyambung pengisian berkenaan kehidupan yang aku rasakan sesuai untuk dikongsikan bersama. Perkara yang sama berulang tahun 2002 dahulu yang mana tinggal di hostel dan mencari sesuatu yang bermanfaat.

Mencari kebenaran adalah lumrah manusia; tanpa disedari ataupun disedari. Yang tidak kisah, akan terus buat macam biasa dan ada juga yang kisah sangat hinggakan sanggup bermatian berhujah untuk menegakkan perkara yang difahaminya berkenaan kehidupan.

Mungkin cara aku berlainan. Hidup zaman serba interaksi mengubah method pendidikan dan pemikiran. Pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan cepat.

Blog ini akan menjadi medium perkongsian pendapat berdasarkan sesuatu yang aku lalui atau fikirkan. Live, live, cool :)