Nota-nota ringkas Surah Al-Isra’ (Perjalanan Malam) dari Bayyinah TV
Nota Surah Al-Isra’ (Perjalanan Malam) atau Surah Bani Israel dari Sesi Qur'an cover to cover Bayyinah.tv. http://www.bayyinah.tv/sp/9942-bayyinah-tv
Surah ke-17, ada 111. http://quran.com/17
Wahyu surah ini diturunkan di Mekah.
Sangat berkaitan dengan surah selepasnya, Al-Kahf.
Tertarik dengan surah ini semasa nak dengar tafsir surah Al-Kahf, kerana ayat ke-4 surah tersebut berkaitan dengan ayat terakhir surah Al-Isra' ni.
Ada banyak sejarah kenabian dalam surah ni. Sesuatu yang menarik :)
Bahagian 1 / 13. - 21 Februari 2014 (9:25pm)
Sejarah nabi-nabi selama 2000 tahun dalam 4 ayat.
Sejarah Yahudi dan Sejarah Muslim diibaratkan seperti kasut; satu kana dan satu kiri. Apabila diletakkan tapak-semuka-tapak, kelihatan sama. Saiz dan orang lebih kurang sama. Akhirnya, setiap satu ke arah masing-masing.
Ayat 1.
- Perjalanan pada sebagian kecil waktu malam; Israk (perjalanan) dan mikraj (naik - dalam surah an-najm)
- Berhenti di Jerussalam; Imam Mekah ke Masjid Aqsa dan mengimamkan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
- Tanah yang diberkati, spt tanah yang subur. Ramai nabi dari situ termasuk Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ishak A.S tinggal di situ.
- Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
- Mikraj cepat sangat; pintu masih bergerak untuk tutup; tapi mikraj telah selesai.
- Penghormatan tertinggi depan Allah adalah seorang hamba. Rasulullah dipanggil Abd, hamba.
Ayat 2.
- Main legacy / centre of Jerussalam ialah Nabi Musa A.S.
- Kitab Taurat adalah untuk petunjuk kepada orang Bani Israel dan bukan untuk seluruh manusia.
- Rumusan kepada Kitab Taurat, Allah berfirman, Janganlah kamu jadikan yang lain daripada (wakil, percaya) Allah sebagai tuhan.
Ayat 3.
- Ada persamaan! Air bukan hanya menyelamatkan kaum Nabi Musa A.S, akan tetapi beribu tahun terdahulu menyelamatkan kaum Nuh A.S dari bah besar. Anaknya Sam, Yam dan Yafiz. Nabi Ibrahim A.S adalah zuriat dari Sam.
- Nabi Nuh A.S adalah orang yang amat bersyukur; persoalan, apa dah jadi dengan kamu Bani Israel?….
Ayat 4.
- Ini adalah surah Makkan (wahyu turun di Mekah), penyampaian ayat Quran kepada orang Mekah.. secara tak langsung kepada orang Israel.
- Bani Israel akan membuat kerosakan di bumi sebanyak 2 kali kerana berlaku angkuh/reballious yang melampau.
- Untuk buat masalah seseorang kena ada kuasa.
Bahagian 2 / 11 - 22 Februari 2013 (630am)
Ayat 5.
- Nabi Musa A.S dpt wahyu di Mt. Thur
- Surah Al-Madiah, bebaskan bandar Jerico tetapi tak dpt
- Generasi baru Bani Israel sambung legacy.
- Ada 12 mata air, kemudian 12 golongan. 1 negara Islam tetapi ada fahaman politik, ketenteraan dalaman yang berlainan spt 1/12.
- Ini satu kelemahan, mereka dijajah oleh Syrian.
- Kemenangan kembali sewaktu Jalut vs Thalut (perintah selama 16thn) A.S + Daud A.S (40thn) bebaskan semula Israel.
- Wujud sistem Khalifah selama 100 thun.
- Sambung dengan anak Nabi Daud A.S. -> Nabi Sulaiman (40thn)
- Kemudian 2 org anak Nabi Sulaiman A.S, mereka tidak sefahaman
- Israel (bahagian Utara, ibu negari Samariah) dan
- Yahuda / Judaiya (bahagian Selatan, ibu negeri Jerusalam)
- Bandingkan Seperti waktu 4 khalifah ar-rasyiddin selepas wafat Rasulullah S.A.W;
- terbahagi 2 Syria dan Egypt berpisah waktu
- Abu Bakar, Umar, Othman (Nabi Thalut, Daud, Sulaiman (A.S))
- Ali (Anak Nabi Sulaiman A.S)
- Kemudian masa yang lama sebelum tiba Nabi Isa A.S. Sewaktu itu 2 negari ada perkembangan tamadun sendiri spt kebudayaan, bahasa, dll
- Waktu ini banyak perkara berlaku
- Ada magik
- Syariah tidak dipatuh dan diperlekeh
- byk praktis budaya dari agama
- Utamakan kenegaraan daripada agama
- Syrian buat come-back; 700 thn sebelum Nabi Isa A.S.
- Mereka musnah dan tawan empayar utara (Israel)
- 587 thn sebelum Nabi Isa A.S. seluruh Israel (Utara dan Selatan) ditawan oleh Nebuchadnezzar Babylonian.
- 600k dibunuh dari 1.2M org Israel.
- Seluruh, 2-2 negeri ditawan.
- Matrix —> Nebuchadnezzer musnahkan zion (producer movie puny cerita)
(Bersambung... )
Labels: Al-Quran, BayyinahTV, NAK, Nouman Ali Khan, Sejarah, Surah Al-Isra', Surah Al-Kahf
0 Comments:
Post a Comment
<< Home